NISMILAN WATER FESTIVAL 2026
Port Dickson, 2 Mei 2026- Program anjuran Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Pantai Saujana, Batu 4, Port Dickson, dengan kehadiran kira-kira 5,000 pengunjung dari seluruh negeri.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian Sumbangan Rahmah oleh Majlis Perbandaran Port Dickson, yang telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Azizul Hakim bin Zaini, Setiausaha MPPD, bersama Ahli-Ahli Majlis MPPD, Encik Nasir bin Raman dan Encik Zamrry bin Ibrahim
Seterusnya, program ini telah dirasmikan oleh YB Puan Nicole Tan Lee Koon, EXCO Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan, diikuti dengan persembahan daripada artis-artis terkenal tanah air seperti Aisha Retno dan kumpulan Spider, yang berjaya memeriahkan suasana serta menarik minat pengunjung.
Secara keseluruhannya, penganjuran program ini bukan sahaja mengukuhkan sektor pelancongan di Negeri Sembilan, malah turut menjadi platform dalam merapatkan hubungan komuniti melalui aktiviti riadah dan hiburan.





