OPERASI BERSEPADU PEMANTAUAN DEPO SIMPANAN LORI
Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) melalui Bahagian Operasi dan Tindakan Penguatkuasa telah menjalankan satu operasi bersepadu bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (JKDNKA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sebuah depo simpanan lori di Bukit Palong.
Operasi dimulakan dengan sesi taklimat oleh pegawai operasi, ASP Jumadi sebelum pemeriksaan dijalankan di lokasi terlibat.Hasil pemantauan mendapati premis berkenaan beroperasi tanpa lesen yang sah termasuk tiada lesen papan iklan. Susulan itu, pihak penguatkuasa MPPD telah mengeluarkan dua (2) kompaun di bawah Undang-Undang Kecil UUK 6(1)mempamerkan iklan tanpa lesen dan UUK 3 (Berniaga Tanpa Lesen).
Pihak Polis telah menyerahkan sepenuhnya tindakan kepada pihak MPPD memandangkan kesalahan tersebut berada di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan.
Operasi ini berjalan dengan lancar, terkawal dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan. Tindakan penguatkuasaan akan terus diperkasa bagi memastikan pematuhan undang-undang serta kesejahteraan komuniti setempat sentiasa terpelihara.





