PEMERIKSAAN KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN BERHUBUNG ADUAN PEMBUANGAN SISA MAKANAN DAN MINYAK KE DALAM LONGKANG
Port Dickson, 11 Ogos 2026 – Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) melalui Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan bersama Jabatan Penguatkuasaan telah menjalankan pemeriksaan sebuah premis makanan di sekitar Jalan Bypass, Port Dickson susulan aduan berkaitan pengurusan sisa makanan dan minyak ke dalam longkang.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan sisa makanan di tepi longkang di belakang premis, namun aliran air didapati berjalan lancar tanpa sebarang halangan pada masa pemeriksaan.
Pemeriksaan turut mengenal pasti beberapa aspek yang memerlukan penambahbaikan melibatkan penyimpanan bahan makanan, kebersihan lantai dapur, sistem pelepas asap dan pencahayaan ruang stor. Perangkap minyak dan tandas premis pula didapati dalam keadaan baik.
Pengusaha telah diberikan nasihat dan teguran serta diarahkan melaksanakan tindakan pembetulan dalam tempoh 14 hari, termasuk pembersihan menyeluruh dan penambahbaikan pengurusan sisa makanan serta kebersihan premis.





