PEMERIKSAAN TAHAP PENCAHAYAAN (LUX TEST) DI TAPAK PROJEK ANTMED, PUSAT PERINDUSTRIAN BANDAR SPRINGHILL
Pada 9 Julai 2026, Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah melaksanakan pemeriksaan tahap pencahayaan (Lux Test) di Tapak Projek Antmed, Pusat Industri Springhill, Port Dickson.
Pemeriksaan ini dijalankan bagi mengukur tahap pencahayaan di kawasan projek bagi memastikan ia memenuhi keperluan teknikal serta menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa, khususnya pada waktu malam.
MPPD akan terus komited melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan teknikal secara berkala bagi memastikan setiap projek pembangunan mematuhi spesifikasi serta piawaian yang telah ditetapkan.





