15 Mac 2026
PENYELENGGARAAN PONDOK BAS SEKITAR PORT DICKSON
Majlis Perbandaran Port Dickson telah melaksanakan kerja - kerja pembersihan, meracun dan memotong rumput di sekitar kawasan pondok bas dari Pekan PD-Telok Kemang pada 15 Mac 2026.
Tindakan ini telah dilaksanakan oleh Unit Tindak Cepat, Jabatan Kejuruteraan MPPD.
Penyelenggaraan ini dilaksanakan secara berkala bagi memastikan Pondok Bas sentiasa berada dalam keadaan yang baik, selamat dan selesa untuk digunakan oleh masyarakat.





