PERBINCANGAN DAN LAWATAN TAPAK DI REGENCY TANJUNG TUAN BERHUBUNG ADUAN KEBOCORAN ANTARA TINGKAT
Pada 8 Julai 2026, Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) telah mengadakan satu sesi perbincangan dan lawatan tapak di Regency Tanjung Tuan untuk meneliti aduan berhubung kebocoran antara tingkat. Perbincangan ini telah dihadiri oleh Unit Teknikal Bahagian Pengurusan Strata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta pemilik petak iaitu Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).
Lawatan tapak yang turut disertai oleh pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) The Regency Tanjung Tuan adalah bertujuan untuk meneliti keadaan sebenar di lokasi, mengenal pasti punca kebocoran serta mendapatkan maklumat daripada pihak-pihak yang terlibat bagi memastikan tindakan penyelesaian dapat dilaksanakan selaras dengan peruntukan undang-undang dan peraturan pengurusan strata yang berkuat kuasa.
Hasil pemeriksaan di tapak akan dijadikan panduan kepada pihak berkaitan untuk menentukan tindakan susulan yang sewajarnya demi memastikan kepentingan semua pihak terpelihara dan isu kebocoran dapat diselesaikan secara berkesan.





