PERHIMPUNAN PAGI BULANAN KAKITANGAN MPPD BAGI BULAN JUN 2026
Port Dickson, 26 Jun 2026 – Sesi Perhimpunan Pagi Bulanan Warga Kerja Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) bagi bulan Jun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Besar MPPD. Program pada kali ini telah dikelolakan oleh Jabatan Kejuruteraan selaku urus setia. Majlis telah dihadiri oleh YBhg. Tuan Hasnor bin Abdul Hamid, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson, YBrs. Encik Mohd Azizul Hakim bin Zaini, Setiausaha Majlis Perbandaran Port Dickson, Ahli-Ahli Majlis, barisan Pengarah dan penolong pengarah, ketua bahagian dan unit serta warga kerja MPPD.
Majlis dimulakan dengan ketibaan Yang Dipertua MPPD diiringi oleh Setiausaha MPPD, Ahli-Ahli Majlis serta barisan Pengarah dan penolong pengarah, ketua bahagian dan unit. Seterusnya, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu rasmi MPPD, Teguh Bersama MPPD, diikuti bacaan Ikrar Rukun Negara serta bacaan doa.
Majlis diserikan lagi dengan amanat oleh Yang Dipertua MPPD.





