09 Mei 2019
Program Baracuda Beach Ultimate anjuran Kelab Frisbee Mighty Baracuda dengan kerjasama MPPD dan Pejabat Belia Sukan Daerah PD telah diadakan pada 4 Mei 2019 bertempat di Pantai Bagan Pinang. Sebanyak 16 pasukan dari seluruh negeri di Malaysia yang bertanding dalam acara sukan frisbee.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Mohd Zamri bin Mohd Esa, Yang Dipertua MPPD dan Tn. Hj Noorulhuda bin Abdul Rahman , Pegawai Belia Sukan Daerah PD.