PROGRAM PEMULIHARAAN BIODIVERSITI MARIN PORT DICKSON
Majlis Perbandaran Port Dickson telah dijemput bersama menjayakan Program Pemuliharaan Biodiversiti Marin Port Dickson anjuran Jabatan Perikanan Negeri Sembilan pada 6 Mei 2025 bertempat di Pantai Tanjung Biru, Port Dickson.
Program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias, Exco Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup, Negeri Sembilan. MPPD telah diwakili oleh Encik Mohd Azizul Hakim bin Zaini, Setiausaha MPPD dan Jabatan Pelancongan, Korporat dan Komuniti MPPD.