SESI TEMUDUGA PENGISIAN GERAI/PASAR MPPD BIL. 06/2026
Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah mengadakan Sesi Temuduga Pengisian Gerai/Pasar Bil. 06/2026 pada 17 Julai 2026.
Seramai 19 orang calon yang memenuhi syarat permohonan telah hadir untuk ditemuduga bagi mengisi kekosongan di 8 lokasi premis MPPD iaitu Pasar Teluk Kemang, Medan Selera Sri Kemang, Pasar Pekan Chuah, Gerai Jalan Mahajaya, Gerai Pantai 3 Teluk Kemang, Gerai Kraf Batu 2 Jalan Seremban, Pusat Penjaja Taman Politeknik dan Medan Selera Bandar PD.
Majlis menasihati bagi calon yang berjaya supaya dapat menjalankan perniagaan dengan baik, sentiasa menjaga kebersihan, mematuhi syarat dan peraturan penyewaan serta menjaga nama baik Port Dickson sebagai Bandar Peranginan Negara





