MENU

      

MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON
KM 1 JALAN PANTAI, 71009 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS  

KENYATAAN TAWARAN

Tawaran penyewaan adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kepala Perkhidmatan Pembersihan, Mencuci Bangunan serta Membersih Kawasan dan masih sah untuk menyertai tawaran berikut:-

1

Tajuk

Cadangan Kontrak Penyewaan Pengurusan, Pembersihan dan Penyenggaraan Bilik Mandi dan Tandas Awam Milik Majlis Perbandaran Port Dickson untuk Tahun 2019

2

Senarai Bilik Mandi & Tandas Awam MPPD

Sila Rujuk Lampiran A

3. Kandungan Cadangan Pengurusan Kawasan
  1. Menyediakan cadangan pengurusan dengan format tersendiri dengan mengambil kira segala kos utiliti dan pembaikan kerosakan ditanggung sepenuhnya oleh operator.
  2. Menitikberatkan penjagaan pembersihan dan langkah penyelenggaraan serta lain-lain konsep yang bersesuaian.
  3. Menyatakan pulangan (kadar sewa) dan faedah yang ditawarkan kepada pihak MPPD.
  4. Menyatakan pengalaman di dalam bidang yang berkaitan.
  5. Menyatakan rekod kemampuan tenaga kerja  dan kewangan
4

Tarikh Tutup Penyertaan

31 Oktober 2018, jam 5.00 petang

5

Penghantaran Dokumen Cadangan

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Port Dickson,Tingkat 2, Bangunan Terminal Bas Port Dickson 71000 Port Dickson Negeri Sembilan darul Khusus

 

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pn. Norazian Razali, Jabatan Penilaian Pengurusan Harta, MPPD di talian 06 – 646 2057 sambungan 223.

Tarikh Kenyataan Tawaran : 15 Oktober 2018