Garis Panduan Standard Minimum Perumahan Penginapan Dan Kemudahan Pekerja Yang Disediakan Oleh Majikan Di Negeri Sembilan.
Garis panduan ini, bertujuan memudahkan semua pihak yang terlibat seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), majikan dan agensi-agensi berkaitan untuk merancang keperluan pengurusan dan penguatkuasaan melalui penyeragaman syarat dan keperluan sesuatu kediaman dan penginapan pekerja kilang di Negeri Sembilan.
Garis panduan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019, [AKTA 446] yang mula berkuatkuasa pada 1 Jun 2020.