MENU

Pihak Majlis Perbandaran Port Dickson telah melantik Tetuan PROHARTA CONSULTANCY SDN BHD untuk melaksanakan kerja-kerja Penyediaan Senarai Nilaian Baru (Penilaian Semula) dan pegawai dan kakitangan dari firma ini akan membuat lawatan pemeriksaan dan melakukan kerja-kerja pengukuran pegangan/harta milik tuan/puan. Pegawai dan kakitangan firma ini akan memakai tanda nama atau surat kebenaran atau kad kuasa yang dikeluarkan oleh pihak Majlis. Tuan/puan dinasihatkan menyemak tanda nama/surat pengesahan/kad kuasa sebelum memberi kebenaran kepada pegawai-pegawai berkenaan.

Tempoh pelantikan firma ini berkuatkuasa pada 1 Mei 2016 dan tamat pada 30 April 2018. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MPPD ditalian 06-6462057 sambungan 224/225/226/227.

PIHAK MAJLIS TELAH MELANTIK TETUAN PROHARTA CONSULTANCY SDN BHD BAGI MELAKSANAKAN KERJA-KERJA PENYEDIAAN SENARAI NILAIAN BARU (PENILAIAN SEMULA).PEMERIKSAAN DAN PENGUKURAN KE ATAS PEGANGAN/HARTA MILIK TUAN/PUAN AKAN DILAKUKAN MULAI 1 MEI 2016 HINGGA 30 APRIL 2018.

TUAN/PUAN DIMINTA MEMBERI KERJASAMA KEPADA FIRMA YANG TELAH DILANTIK

Kerjasama pihak tuan/puan diucapkan terima kasih.

Klik disini untuk maklumat lanjut.