MENU

 

NOTIS PEMAKLUMAN KEPADA SEMUA PENYEWA PASAR-PASAR AWAM MILIK

MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON

Dimaklumkan bahawa bermula pada 6 April 2020, Pihak Majlis Perbandaran Port Dickson akan melaksanakan Kerja-kerja Pembersihan Disinfeksi (nyah kuman) di Pasar-Pasar Awam dan Tandas Awam Milik MPPD sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan Penularan COVID-19, pembersihan tersebut akan dijalankan selepas waktu operasi perniagaan.waktu operasi 2.30 petang hingga 5.30 petang pembersihan disinfeksi (nyah kuman) di Sekitar Pasar Awam dan Tandas Awam Milik MPPD adalah seperti berikut :-

                                        

1. Pasar Port Dickson 6 April 2020 (Isnin)
2. Pasar Lukut 7 April 2020 (Selasa)
3. Pasar Telok Kemang 8 April 2020 (Rabu)
4. Pasar Pasir Panjang 9 April 2020 (Khamis)
5. Pasar Linggi 9 April 2020 (Khamis)

 

  1.  Peniaga dikehendaki mengemas dan menyimpan barang- barang  perniagaan sama ada di dalam atau luar premis ( terutama di tepi laluan) 10 minit sebelum penutupan operasi perniagaan.
  1. Keselamatan barangan perniagaan adalah tanggungjawab peniaga sendiri dan peniaga tidak boleh membuat tuntutan kepada pihak majlis jika berlakunya sebarang kerosakan dan lain-lain.
  1. Peniaga serta orang awam tidak dibenarkan berada di dalam kawasan pasar awam semasa proses pembersihan disinfeksi  (nyah kuman) sedang dijalankan dan sentiasa mematuhi perintah kawalan pergerakan (PKP) seperti yang diarahkan  oleh Kerajaan Malaysia.

 

Kerjasama dan keperihatinan tuan / puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih

 

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON