Sukacita dimaklumkan bahawa semua kompaun yang telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Port Dickson sebelum 1 November 2013, akan diberi pengurangan sebanyak 50%. Pengurangan bayaran kompaun ini diberi secara automatik (Tanpa perlu membuat rayuan). Tawaran ini hanya sah bermula dari 1 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014.
Pembayaran boleh dilakukandilokasi-lokasi seperti berikut:-
- Kaunter Bangunan Pejabat Yang Dipertua.
- Kaunter Cawangan MPPD,Tingkat 2.Terminal Bas Port Dickson.
- Kaunter Bergerak MPPD.
Waktu Bayaran : Isnin- Jumaat 8.00pagi - 4.00petang
Peringatan : Selepas tempoh Notis Tawaran ini tamat, Pihak kami akan mengambil Tindakan Mahkamah terhadap kompaun-kompaun yang tidak dijelaskan.