SEMINAR KESELAMATAN & KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN LOCAL AGENDA 2030 MPPD
PEMAKLUMAN KEPADA PESERTA:
1. Setiap peserta terpilih menyertai seminar ini mestilah terdiri daripada pelesen atau wakil pengusaha premis makanan mengikut kategori iaitu restoran, restoran (gerai majlis), gerai tepi jalan, kantin, kedai kek dan hotel yang mempunyai lesen perniagaan MPPD.
2. Penyertaan ini adalah DIWAJIBKAN kepada semua pemilik premis makanan yang mendapat Gred B & C berdasarkan kepada pemeriksaan dijalankan pada tahun 2024 oleh pegawai pemeriksa dari Jabatan Pelesenan MPPD sebagai syarat tambahan untuk memperbaharui lesen perniagaan MPPD tahun 2025.
3. Setiap peserta hanya dibenarkan sekurang-kurangnya minimum 2 orang sahaja (mewakili satu premis) dalam satu-satu masa.
4. Semua maklumat peserta perlu diisi di dalam Google Form melalui imbas kod yang disediakan.
5. Sebarang pindaan maklumat-maklumat berkaitan pertukaran nama peserta dan sebagainya selepas tarikh tutup permohonan adalah tidak dibenarkan.
6. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 29 November 2024 (Jumaat), jam 4.00 petang.
7. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi di Jabatan Pelesenan MPPD di talian 06-6462057 sambungan 294/288/295 untuk mendapatkan sebarang maklumat lebih lanjut mengenai seminar ini.