TATACARA KAWALAN DAN PENGOPERASIAN SEKTOR KRITIKAL PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA KEDUA NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Selaras dengan ketetapan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua yang bermula pada 1 April hingga 14 April 2020, PKP Fasa Kedua menumpukan sepuluh (10) sektor kritikal iaitu sektor makanan, tenaga, komunikasi dan internet, air, keselamatan dan pertahanan, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan, penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, perbankan dan kewangan, e-dagang dan logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu. Bagi memastikan kelancaran sektor kritikal sepanjang PKP Fasa Kedua dapat dilaksanakan di Negeri Sembilan, berikut merupakan tatacara kawalan dan pengoperasian sektor kritikal yang terlibat.
- Tatacara Kawalan Perniagaan Makanan Dan Keperluan Asas
- Tatacara Pengoperasian Pusat Jualan Barangan Segar Terkawal
- Kaedah Pembelian Bagi Pandu Lalu (Drive-Thru), Walk-In Dan Pre-Order
- Tatacara Kawalan Pergerakan Kenderaan Persendirian, Pengangkutan Awam Dan Pengangkutan Komersial
- Tatacara Kawalan Operasi Industri Dan Kilang
- Tatacara Kawalan Lain-Lain
Majlis Keselamatan Negara akan membuat penambahbaikan dari segi tatacara kawalan bagi setiap sektor kritikal di atas melalui pemberitahuan secara rasmi dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan mengenai perincian tatacara kawalan bolehlah merujuk ke Bilik Gerakan, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan di talian 06-765 5760 atau agensi-agensi berkaitan dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daerah berkenaan.
Sekretariat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN)
Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan Darul Khusus
2 April 2020