MENU

TATACARA KAWALAN DAN PENGOPERASIAN SEKTOR KRITIKAL PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA KEDUA NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Selaras dengan ketetapan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua yang bermula pada 1 April hingga 14 April 2020, PKP Fasa Kedua menumpukan sepuluh (10) sektor kritikal iaitu sektor makanan, tenaga, komunikasi dan internet, air, keselamatan dan pertahanan, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan, penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, perbankan dan kewangan, e-dagang dan logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu. Bagi memastikan kelancaran sektor kritikal sepanjang PKP Fasa Kedua dapat dilaksanakan di Negeri Sembilan, berikut merupakan tatacara kawalan dan pengoperasian sektor kritikal yang terlibat.

Majlis Keselamatan Negara akan membuat penambahbaikan dari segi tatacara kawalan bagi setiap sektor kritikal di atas melalui pemberitahuan secara rasmi dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan mengenai perincian tatacara kawalan bolehlah merujuk ke Bilik Gerakan, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan di talian 06-765 5760 atau agensi-agensi berkaitan dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daerah berkenaan.

 

Sekretariat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN)
Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan Darul Khusus
2 April 2020