
Majlis Perbandaran Port Dickson adalah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang bertanggungjawab mengurus dan mentadbir Daerah Port Dickson.
Majlis Perbandaran Port Dickson telah diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran dengan rasminya pada 2 Februari 2002. Daerah Port Dickson meliputi 5 mukim iaitu Mukim Jimah, Mukim Port Dickson,
Mukim Si Rusa, Mukim Pasir Panjang dan Mukim Linggi.

Sejarah awal Majlis Perbandaran Port Dickson bermula dengan penubuhan 2 Penguasa Tempatan iaitu Lembaga Bandaran Port Dickson - 1955 dibawah enakmen Lembaga Bandaran (CAP 137) dan Majlis Tempatan Jimah - 1952 dibawah Local Council Ordinance 1952. Kemudian pada tahun 1979 Port Dickson telah dinaiktaraf kepada Majlis Daerah Port Dickson. Oleh kerana pertambahan aset penduduk, pada 2 Februari 2002 secara rasminya Majlis Perbandaran Port Dickson telah diisytiharkan. Pengisyitiharaan Majlis Perbandaran Port Dickson telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan pada masa itu iaitu Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Dataran Teluk Kemang.






