| Pembangunan pelabuhan itu juga membolehkan orang-orang British   mengambil kesempatan dari perniagaan rempah, teh dan sutera yang   menguntungkan antara India dan China. Aktiviti perdagangan yang sibuk   antara peniaga dua negara tersebut menonjolkan Selat Melaka sebagai satu   tempat perhentian yang sesuai dan praktikal kerana kedudukannya di   pertengahan perjalanan bagi saudagar-saudagar kapal itu. | 
|  | 
| Bagi melengkapi keberkesanan pelabuhan baru ini, berikutnya pada tahun   1891, satu landasan kereta api sepanjang 39km telah dicadangkan untuk   menghubungkan Tanjung dan Sungai Ujong yang sekarang dikenali sebagai   Seremban. Pelan yang dirangka membolehkan pelbagai jenis barangan yang   dibawa oleh kapal niaga seperti rempah-ratus, beras, ubi kayu diangkut   melalui keretapi dari pelabuhan ke Sungai Ujong. |  | 
|  | 
| Lagipun, telah dipastikan bahawa landasan kereta api dan pelabuhan laut   dalam memainkan peranan penting untuk mengembangkan perdagangan untuk   mengeksport timah dari lombong di Sungai Ujong. Untuk memudahkan   pembinaan landasan ini, pihak British membawa masuk tenaga buruh dari   India. Dengan usaha yang gigih maka landasan itu telah siap dan   dirasmikan oleh Setiausaha Negeri-negeri Bersekutu, Sir John Frederick   Dickson. Dengan perasmian landasan kereta api itu, pihak British juga   telah menukarkan nama tempat tersebut dari Tanjung menjadi Port Dickson.   Sejak dari itu, nama itu telah menjadi sebutan orang ramai di Malaysia   malah seluruh dunia. |