MENU

Penilaian Semula

  • Membuat Penilaian Semula ke atas Pegangan Berkadar setiap 5 tahun sekali atau tempoh yang dilanjutkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
  • Mengeluarkan Notis Penilaian Semula, tidak kurang 42 hari dari tarikh kuatkuasa.

Pindaan Senarai Nilaian

  • Mengenakan Cukai Taksiran ke atas harta-harta baru yang belum dikenakan cukai taksiran dan mengemaskini Nilai Tahunan Sedia Ada (Cukai Taksiran sedia ada) apabila terdapat perubahan pada pegangan, pada bulan Januari dan Julai setiap tahun.
  • Mengeluarkan Notis Pindaan Senarai Nilaian, tidak kurang 30 hari dari tarikh kuatkuasa.

Bantahan

  • Menerima bantahan secara bertulis tidak kurang 14 hari bagi Penilaian Semula dan 10 hari bagi Pindaan Senarai Nilaian dari tarikh kuatkuasa.
  • Menyelaras Mesyuarat Mendengar Bantahan mengikut Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian yang diadakan 6 kali setahun.
  • Menghantar surat panggilan Mesyuarat Mendengar Bantahan kepada pembantah dalam tempoh tujuh (7) hari selepas menerima surat bantahan.
  • Menghantar surat Jawapan Keputusan Mesyuarat Mendengar Bantahan kepada pembantah dalam tempoh tujuh hari (7) selepas pengesahan pada Mesyuarat Penuh MPPD.

Permohonan Pindahmilik

  • Proses Pindahmilik (pertukaran hakmilik), alamat surat menyurat dan pengemaskinian maklumat akaun dilakukan dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan diterima (bergantung kepada maklumat lengkap dari pemohon).

Permohonan Pertukaran Alamat Surat-menyurat dan Kemaskini Maklumat Akaun

  • Proses pertukaran alamat surat menyurat dan pengemaskinian maklumat akaun dilakukan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan diterima.

Permohonan Semakan dan Pengesahan Cukai Taksiran

  • Proses pengesahan cukai taksiran dilakukan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan dterima (bergantung kepada maklumat lengkap dari pemohon).

Permohonan Remisi (Elaun Kekosongan)

  • Lawat periksa ke atas harta akan dibuat dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh permohonan diterima.
  • Semakan susulan dibuat sebanyak dua kali setiap bulan sehingga tamat tempoh penggal yang dituntut.
  • Pengiraan remisi akan mengambil kira tempoh permohonan diterima.
  • Cadangan elaun kekosongan yang layak akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian dan Cukai Taksiran MPPD pada bulan Ogos (permohonan bagi penggal pertama) dan bulan Februari (permohonan bagi penggal kedua).
  • Jumlah remisi yang telah diluluskan akan disahkan di dalam Mesyuarat Penuh MPPD dan seterusnya akan dikreditkan daripada akaun.
  • Surat makluman akan dikeluarkan dalam tempoh dua (2) minggu selepas Mesyuarat Penuh MPPD.

Permohonan Penyewaan Gerai & Pasar MPPD

  • Memberi maklum balas dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan diterima.
  • Makluman keputusan permohonan dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh Temuduga (Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Harta).
  • Mesyuarat temuduga pemilihan penyewa gerai dan pasar diadakan setiap dua (2) bulan (Januari, Mac, Mei, Julai, September & November).

 

Maklum Balas bagi Lain-lain Semakan & Pertanyaan

  • Memberi maklum balas terhadap lain-lain semakan dan pertanyaan berkaitan penilaian dan pengurusan harta dalam tempoh 7 hari.

Maklum Balas Terhadap Aduan Awam

  • Memberi maklum balas kepada pengadu dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh aduan diterima.
  • Penyelarasan aduan kepada Jabatan / Bahagian yang berkaitan dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh aduan diterima.