MENU

Bil

Tarikh / Pengguna

Pendapat / Cadangan / Pertanyaan

Maklumbalas / Tindakan

1.

28/1/2015 - M DAUD

Bolehkah saya membuat latihan industri di Majlis Perbandaran Port Dickson?

Salam MPPD
Pihak encik boleh menghantar permohonan kepada
Bahagian Pentadbiran Dan Sumber Manusia MPPD berserta resume dan surat rasmi latihan industri.
Sila hubungi Bahagian tersebut untuk maklumat lanjut di talian 06-6471122 ext 1106.
Terima Kasih

2.

2/2/2015 - NOR ASRI

Saya sukar untuk membuat bayaran bil online.
Saya harap mppd dapat mengadakan ruangan pembayaran bil online menggunakan sistem fpx seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri sembilan / pejabat daerah dan tanah port dickson. Mohon peka dan melaksanakannya.

No. Akaun saya: a0515096-168
no. Telefon: 0139732379

apakah saya perlu memasukkan semua no. Akaun tersebut atau hanya a0515096 kerana bank tidak menerima tanda sengkang?

Salam MPPD ,
terima kasih atas cadangan yang diberikan, pihak kami akan melakukan pembayaran bil online akan tetapi ianya masih dalam perbincangan pihak berkaitan.

pihak encik boleh membayar bil menggunakan akauan tersebut tanpa tanda sengkang no seterusnya.encik masukkan no.sebelum sengkang sahaja

3.

23/7/2015 - RAMESWARAN A/L M.KARUNNANITHI

Salam 1 malaysia warga mppd.merujuk kepada perkara diatas kami ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk meluluskan permohonan lesen kedai kami iaitu rp spirits house nombor pendaftaran syarikat 002451561-x yang beralamat lot4452 taman muhibbah.71000 port dickson.buat masa ini kami terpaksa menanggung kos sewa kedai dimana kedai kami masih tidak dapat beroperasi lagi.ini telah menyebabkan kerugian kepada pihak kami.sekali lagi kami ingin meminta jasa baik pihak pngurusan mppd untuk meluluskan permohonan lesen.kami boleh dihubungi di talian 0133500409.

Sekian terima kasih
rameswaran

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas

2. Dimaklumkan bahawa pihak Majlis Perbandaran Port Dickson telah menerima aduan seperti di atas.keputusan mesyuarat bertarikh 6 Ogos 2015 telah meluluskan permohonan bagi menjual barangan runcit sahaja manakala lesen menjual minuman keras, pemohon perlu mengemukakan permohonan kepada Pejabat Daerah & Tanah Port Dickson. 

3. Pihak Majlis mengucapkan terima kasih atas kerjasama pihak tuan dalam memberi maklumat, sokongan dan kepercayaan terhadap kami.

Sekian, terima kasih.

Salam 1 Malaysia

Terima kasih diatas komen dan cadangan tuan/puan. Pihak Majlis akan memberi maklumbalas dalam masa 3 hari. Sekian, terima kasih

4.

12/11/2015

Salam MPPD,

Saya telah daftar e-taksir dan membuat carian bil tapi hasil carian tiada. Mohon tuan/puan membantu dalam hal ni.

NO AKAUN : A0436424-169

Sekian terima kasih.

Salam MPPD
Puan, saya telah membuat semakan
jika puan sudah masuk ke sistem e-taskir puan perlu masukkan no.akaun A0436424 sahaja.
terima kasih
bersama-sama ini saya sertakan bila cukai taksiran untuk rujukan pihak puan.

Terima kasih diatas komen dan cadangan tuan/puan. Pihak Majlis akan memberi maklumbalas dalam masa 3 hari. Sekian, terima kasih