
IKLAN JAWATAN KOSONG
MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON
( KEUTAMAAN KEPADA ANAK NEGERI SEMBILAN)
Majlis Perbandaran Port Dickson mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:
|
BIL |
NAMA JAWATAN / GRED |
KEKOSONGAN |
MAKLUMAT |
| 1. |
Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam/Penolong Jurutera) |
1 | - Maklumat Perjawatan - Garis Panduan Permohonan - Borang Maklumat Pendaftaran |
|
2. |
Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam/Penolong Jurutera) |
1 |
- Maklumat Perjawatan |
| 3. |
Pegawai Tadbir |
1 | - Maklumat Perjawatan - Garis Panduan Permohonan - Borang Maklumat Pendaftaran |
| 4. |
Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/ Penolong Jurutera (Elektrik) |
1 | - Maklumat Perjawatan - Garis Panduan Permohonan - Borang Maklumat Pendaftarann |
| 5. |
Pelukis Pelan (Seni Bina)/ Penolong Pegawai Seni Bina |
1 | - Maklumat Perjawatan - Garis Panduan Permohonan - Borang Maklumat Pendaftaran |
| 6. |
Penolong Pegawai Penilaian |
1 | - Maklumat Perjawatan - Garis Panduan Permohonan - Borang Maklumat Pendaftaran |
| 7. |
Penolong Pegawai Pertanian |
1 | - Maklumat Perjawatan - Garis Panduan Permohonan - Borang Maklumat Pendaftaran |
| 8. |
Penolong Arkitek Landskap |
1 | - Maklumat Perjawatan - Garis Panduan Permohonan - Borang Maklumat Pendaftaran |
| 9. |
Penolong Pegawai Tadbir |
2 | - Maklumat Perjawatan - Garis Panduan Permohonan - Borang Maklumat Pendaftaran |
| 10. |
Pembantu Tadbir (Kewangan) |
1 | - Maklumat Perjawatan - Garis Panduan Permohonan - Borang Maklumat Pendaftaran |
| 11. |
Pembantu Keselamatan (Lelaki Sahaja)
|
2 | - Maklumat Perjawatan - Garis Panduan Permohonan - Borang Maklumat Pendaftaran |
| 12. |
Pembantu Kesihatan Awam |
1 | - Maklumat Perjawatan - Garis Panduan Permohonan - Borang Maklumat Pendaftaran |
CARA MEMOHON
Permohonan untuk jawatan di dalam perkhidmatan Majlis Perbandaran Port Dickson boleh dimuat turun selepas melengkapkan borang maklumat pendaftaran di Google Form dan satu (1) borang adalah terhad untuk satu (1) jawatan sahaja.
Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan salinan maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 9 dan ke atas) seperti berikut:
- gambar warna berukuran pasport;
- kad pengenalan (telah dipalang ‘untuk kegunaaan MPPD sahaja’)
- sijil kelahiran;
- sijil berhenti sekolah;
- sijil-sijil persekolahan/akademik;
- sijil-sijil yang berkaitan dengan bidang.
- salinan pengiktirafan kelayakan IPTA/IPTS untuk perkhidmatan awam. (www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm)
Permohonan daripada pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan dan Penilaian Prestasi melalui MyPERFORMANCE bagi tiga (3) tahun terakhir (2023, 2024 dan 2025) - (perlu disahkan oleh Ketua Jabatan di setiap helaian.
Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah:
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Port Dickson,
KM 1, Jalan Pantai,71009 Port Dickson.
(u.p.: Jabatan Khidmat Pengurusan )
TARIKH BUKA PERMOHONAN : 30 April 2026 (KHAMIS)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 14 Mei 2026 (KHAMIS JAM 5.00 PETANG
Sebarang penghantaran borang selepas tarikh dan waktu tersebut tidak akan diterima.
PERMOHONAN SEPERTI BERIKUT AKAN DITOLAK :
- Borang permohonan dan maklumat tidak lengkap atau tidak jelas;
- Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
- Tidak disertakan dokumen sokongan yang diakui sah seperti para c(ii) dan (iii);
- Tidak melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat;
- Tidak disertakan salinan pengiktirafan kelayakan IPTA/IPTS untuk perkhidmatan awam; (www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm)
CATATAN AM (PENTING-SILA AMBIL PERHATIAN)
- Hanya calon yang berkelayakan selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ujian kecergasan / ujian bertulis dan temu duga melalui surat panggilan atau email.
- Ujian Kecergasan hanya untuk jawatan Pembantu Keselamatan KP1.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya (tiada makluman bersurat/telefon akan dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson).
- Pihak Majlis Perbandaran Port Dickson tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temu duga dan segala keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah MUKTAMAD.
SILA BACA GARIS PANDUAN PERMOHONAN JAWATAN DENGAN TELITI.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 14 Mei 2026 (KHAMIS) JAM 5.00 PETANG





