JabatanPerancang Bandar, Majlis Perbandaran Port Dickson sedang menjalankan kajian bagi menyediakan Pelan Tindakan Port Dickson akan menjadi rujukan dan panduan kepada Majlis Perbandaran Port Dickson, agensi-agensi Daerah yang Port Dickson dan Negeri Sembilan serta pihak-pihak berkepentingan (Stakeholders) di dalam merancang dan melaksanakan pembangunan Bandar Pintar yang bersistematik dan memfokuskan kepada kepentingan rakyat.
Sehubungan itu, borang soal selidik ini diedarkan untuk diisi oleh penduduk di Daerah Port Dickson khususnya di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Port Dickson sebagai usaha untuk mendapatkan input dan pandangan awal penduduk terhadap Agenda Bandar Pintar Majlis Perbandaran Port Dickson bagi penyediaan Pelan Tindakan Bandar Pintar Port Dickson
Semua maklumat adalah sulit dan akan digunakan bagi tujuan kajian ini sahaja. https://forms.gle/QZDVXUvwPfELyeFS6