
MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON KM 1 JALAN PANTAI, 71009 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
KENYATAAN IKLAN
Tawaran penyewaan adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kepala Perkhidmatan Pembersihan, Mencuci Bangunan serta Membersih Kawasan dan masih sah untuk menyertai tawaran berikut:-
| TAJUK | SEWAAN BAGI PENGURUSAN OPERASI, PEMBERSIHAN DAN PENYENGGARAAN TANDAS AWAM DAN BILIK MANDI MILIK PANTAI BATU 5, PORT DICKSON | 
| PREMIS UNTUK DISEWA | TANDAS AWAM DAN BILIK MANDI MILIK PANTAI BATU 5, PORT DICKSON | 
| KANDUNGAN BAGI KERTAS CADANGAN 
 *(Calon operator digalakkan membuat lawatan tapak di tandas dan bilik mandi yang terlibat) | 1. Cadangan kaedah pengurusan untuk operasi tandas dengan mengambil kira kos bil utiliti dan penyelenggaraan ditanggung oleh operator sepenuhnya. 2. Menyatakan kaedah penjagaan kebersihan,jadual pembersihan dan penyenggaraan, pemantauan , penyeliaan serta kaedah menangangi aduan. 3. Menyatakan kadar sewaan yang ditawarkan kepada pihak Majlis 4. Menyatakan pengalaman dan latihan yang berkaitan 5. Menyatakan rekod kewangan dan tenaga kerja | 
| SYARAT-SYARAT AM | |
| DOKUMEN YANG DIPERLUKAN | 1. Kertas cadangan pengurusan operasi, pembersihan dan penyenggaraan tandas awam dan bilik mandi 2. Salinan daftar syarikat/ salinan SSM 3. Sijil Pendaftaran Kewangan Malaysia | 
| TARIKH TUTUP PENYERTAAN | 21 JUN 2023 | 
| TARIKH JANGKAAN MULA SEWAAN | 1 JULAI 2023 | 
| ALAMAT PENGHANTARAN DOKUMEN | Jabatan Perbandaran Kesihatan dan Persekitaran, Majlis Perbandaran Port Dickson Tingkat 2, Bangunan Terminal Bas Port Dickson, 71000 Port Dickson | 
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Jabatan Perbandaran Kesihatan dan Persekitaran di talian 06-6462057 sambungan 288 atau emel jpkp@mppd.gov.my
Tarikh Iklan : 13 JUN 2023






